Sunday, 23 June 2013

Selamat pengantin baru buat Wani dan Amma..
Tempahan akhir bulan Jun 2013...Sesiapa yang suka design macam ni bolehlah membuat tempahan 013 9897720..Tapi maaflah hanya untuk mereka yang tinggal di Kelantan..

Monday, 10 June 2013

Tempahan Cupcake Fondant

Terima kasih kepada Syuhada kerana sudi menempah kek..
Selamat bertunang dan semoga ikatan ini berakhir ke jinjang pelamin..
Tema kek ialah ungu...


Warna merah putih sangat menarik hati..Happy wedding buat Liza dan Rizal..
Terima kasih Hani kerana menempah kek untuk anak saudaranya...


Buat Sufian dan Aryna,selamat melayari alam perkahwinan yang penuh cabaran..

Sunday, 31 March 2013

Resepi Buttercream

Resepi ni saya ambil daripada  blog aneefakitchen. Kredit diberikan kepadanya.
 
RESEPI BUTTERCREAM SEDAP
450gram Krimwell
100gram Mentega
250Gram gula aising(ayak 3kali)
1/2st orange Oil / Esen vanilla
1sb susu pekat manis (Optional)
Cara2:-
- putar mentega dan krimwell hgga sebati dan kental
- masukkan gula aising sikit demi sikit , putar hingga putih
- masukkan orange oil/esen dan susu pekat manis
- Putar sebati 

Saturday, 30 March 2013

Resepi Kek coklat moist tanpa telur

Resepi kek coklat moist tanpa telur ni sangat popular di sesawang internet. Resepi asal daripada kak dayang. Saya dah mencubanya..Sangat moist dan sedap. Sesuai kepada mereka yang alah pada telur.

Kek Coklat Moist Tanpa Telur
Sumber : dayangjack
Bahan-bahan : loyang kecil
1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko*

1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
1 cawan gula perang / 3/4 cawan gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/2 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
1 1/4 cawan air sejuk
1 sk esen vanilla
1/2 sk esen kopi 1 sk cuka / jus lemon
Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 celcius.  
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.
3. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
4. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka)
5. Kacau mengikut arah pusingan jam dan kaedah kaup balik.
6. Tapiskan adunan.
7. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
8. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Friday, 29 March 2013

Resepi Kek Coklat moist

Resepi Kek Coklat Moist

Hari ni saya nak berkongsi resepi simple kek coklat moist.
Mungkin ramai yang dah  pandai buat kek coklat ni..
Lebih- lebih lagi dalam internet ada macam-macam versi kek coklat moist..
Boleh cuba yang mana satu pilihan hati..
Salah satu resepi yang best ialah resepi dari Chef Zubaidah..
Struktur kek nya sangat lembut, tak rugi sesiapa yang mencubanya..
 RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir* (saya letak 170gm)
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran* 
  • 250g Susu Pekat* 
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara
  1.  Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2.  Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3.  Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Saturday, 23 March 2013

Contoh Design Kek Cawan


Harga Cup Cake

 Buat masa ni Chikkek membuat 2 jenis cup cake dan 3 jenis Topping
a. Jenis Cup cake
1. Moist Chocolate 

2. Cake Sponge (Perisa Coklat, Pandan, Vanila dan lain- lain)

b. Topping
1. Buttercream
2. Chocolate Ganache
3. Icing Fondant

Harga kek adalah subjektif dan bergantung pada jenis,topping dan hiasan. Harga di bawah adalah harga asas kek.

A. Harga Cup Cake
Chocolate moist dan Sponge Cake
a. Buttercream 
1. Saiz S
16 pieces , RM 25
25 pieces , RM 40

2. Saiz M
16 pieces , RM 35
25 pieces , RM 50

3. Saiz L
16 pieces , RM 45
25 pieces , RM 60

b.Chocolate ganache
1. Saiz S
16 pieces , RM 28
25 pieces , RM 45

2. Saiz M
16 pieces , RM 38
25 pieces , RM 55

3. Saiz L
16 pieces , RM 48
25 pieces , RM 65

c. Ising Fondant

1. Saiz M
Harga bermula RM 4 sebiji

2. Saiz L
Harga bermula RM  5 sebiji


B. Harga Kek Coklat Moist
1/2 kg RM 20
1kg RM 35

C. Harga Kek Sponge
1/2 kg RM 20
1kg RM 35

D. Harga Doorgift Cup cake
1. Cup cake chocolate moist RM 0.60 sebiji
     Minimum order 100 biji


  
Gambar di sebelah ialah contoh cup cake chocolate moist.
Diameter cup cake lebih kurang 5 cm.


Tekstur cup cake.
Jom order sekarang, sesuai untuk door gift.

Cara buat tempahan

Hubungi  Chikkek Yummy 013 9897720
Tempahan hendaklah dilakukan 2 minggu awal
 Pick up
1. Petronas Kok lanas
2. Mac Donald , Wakaf Che Yeh,Kota Bharu
3. Bandar Machang